KLINIK BERHENTI MEROKOK 

07-66 22 403

Written by Azazee Bin Sukimi

                                                       

Perkhidmatan Berhenti Merokok ini telah diwujudkan di PKD Kulai pada tahun 2016 di Klinik Kesihatan Kulai Besar dan Klinik Kesihatan Kulai. ia bertujuan memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada orang awam dan kakitangan kementerian kesihatan yang berkeinginan untuk berhenti dari tabiat merokok.

Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok di KK Kulai bagi sesi kaunseling rokok adalah pada setiap hari Khamis. 

Klien akan diberikan tarikh temujanji bagi tujuan kaunseling ini.

Saringan Fagerstorm akan dibuat bagi menilai tahap ketagihan merokok klien untuk menyesuaikan kaedah berhenti merokok ini. Terdapat 3 tahap ketagihan iaitu rendah (0-3), sederhana (4-5) dan tinggi (6-10). Setiap klien akan diberikan rawatan mengikut tahap ketagihan ini.