Amanat Pegawai Kesihatan 

07-66 22 403

Written by Administrator
 
 

 

Dr. Hajjah Faridah Binti Haji Ali
Pegawai Kesihatan Daerah Kulai
 

Bismillahi Rahmani Rahim

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Selamat datang dan terima kasih diucapkan kerana melayari Portal Rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Kulai. Kewujudan portal ini mencerminkan kesungguhan Jabatan untuk menjayakan budaya kerja berpasukan melalui perkongsian maklumat di kalangan anggota Pejabat Kesihatan Daerah Kulai.

Saya berharap Portal ini akan menjadi satu persada komunikasi bagi mengeratkan ikatan kerjasama dan persefahaman di dalam segala usaha yang dilakukan oleh jabatan dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan produktif kepada masyarakat di daerah Kulai.

Melalui Portal ini juga saya berharap semua anggota dapat melayari dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang segala perancangan aktiviti - aktiviti dan maklumat terkini kesihatan serta kerjasama-kerjasama yang diberikan oleh semua agensi luar yang berkepentingan.

Marilah kita sama-sama berganding bahu dalam menjayakan matlamat dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat serta mewujudkan perkhidmatan yang baik dan efisien di Daerah Kulai ini.

Akhir kata Tahniah dan Syabas  diucapkan kepada  semua pihak yang telah berusaha gigih bagi melaksanakan pewujudan Portal rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Kulai ini.

 

Sekian, terimakasih.

 

Dr. Hajjah Faridah Binti Haji Ali
Pegawai Kesihatan Daerah Kulai, Johor
2018